Wednesday, October 14, 2009

cinta..wanita dan masa depan,takdir

bila aku pikir pasal 3 benda nie..perasaan aku bercampur-aduk..CINTA..apa maknanya..benarkah wujud cinta yg sejati..WANITA..sejauh mana ketulusan makhluk ciptaan Tuhan nie..MASA DEPAN..adakah masa depan bermula semalam atau masa depan adalah hari esok..semua perkara nie adalah topik hangat dlm jiwa aku yg kadang2 memberikan impak maksima kepada perlakuan aku..dan takdir..adakah takdir punca utama?

aku berpegang kepada satu..cinta sejati perlukan perngorbanan dan kita harus berkorban demi mencapai keindahan abadi kenikmatan erti cinta itu..bila citer bab cinta..akulah yg paling sedih..takde 2 3 atau 4, aku tetap cintakan dia..but..haluan kami berubah serta merta tanpa diskusi yg benar2 utuh..cinta yg selama ini didukung akhirnya dihempas berkecai dgn nostalgia yg amat memeritkan jiwa aku..aku sgt setia pada cinta n aku jenis yg akan berusaha bila aku tahu siapa cinta bg aku..tapi cinta bkn sebelah pihak..kalau pihak yg lain menganggap cinta ini perkara remeh..aku xmampu nk berkata apa..aku hanya berusaha menyakinkan dan merayu seperti pengemis utk mempertahankannya..tapi kebuntuan aku makin hampir..cinta yg aku taburkan rupa2nya sampah..aku menderita kerana kepercayaan yg aku bina..cinta-percaya-setia-perngorbanan-rasional-penghargaan-adalah satu adunan yg membentuk persefahaman..tapi,kisah cinta aku hancur serta merta..

wanita..semakin aku menghampiri semakin buat aku xmengerti..semakin aku cinta semakin aku tak dihargai,semakin aku beri segalanya semakin menderita aku diseksa..wanita adalah ciptaan terindah tetapi benar kata pepatah mereka juga madu mereka juga racun..pembakar dendam yg amat bahaya..keegoan yg melampau tanpa tara..penjual ikan yg agak cantik..aku kalah pada wanita tapi hanya dgn cinta..kadang2 aku rasa menyesal memberikan segala2 tp penyesalan tidak berguna sekarang..ada hikmah yg amat jarang diperolehi..aku menghargai wanita seperti mana agama menghargai mereka..tapi aku sering menjadi mangsa kepada mereka..adakah aku patut berputus asa dgn mereka..aku tidak mampu berbuat begitu kerana dia..wanita ini adalah nostalgia manis yg berderai kerana tangannya yg menghempas..aku terkulai..kewarasan aku terabai..aku marah,aku geram,aku tak dapat mengalah dgn alasan bodoh yg aku terima..aku teringat satu bait puisi cinta dari Umar Abu Risyah berjudul "Ana fi Makkah"

'Adakah engkau masih terus di persimpangan malam menunggu kebenaran, wahai pengantin pasir'

masa depan..kesilapan aku adalah disini..aku bingung adakah masa depan itu bermula semalam atau masa depan itu setelah aku buka mata yg terpejam..bg aku,masa depan aku bermula dari semalam..cinta aku pada wanita membentuk satu impian yg aku berusaha untuk capai..aku tolak semua keindahan hari ini semata utk mencapai kebahagian esok..aku membentuk lingkungan hidup pada sfera yg kecil dan smuanya berkait rapat..menjadi rantaian perjalanan idup aku yg kini hanya perlu direalisasikan..namun,masa depan aku seakan gelap kerana wanita dan cinta..kebodohan dan keegoan aku jth dihempas..masa depan yg selama ini aku usahakan seperti tidak dihargai..sia-sia belaka! orang dgn mudah akan ckp..siapa yg bodoh..jawapannya aku lah..

tiada siapa mampu mengerti atau aku yg tak jumpa..penat jerih yg selama ini kita tidak rasa..bila disia-siakan amat menguji kesabaran tahap dewa..kisah aku bukan sekadar separuh jalan..kisah aku hampir mencapai kemuncak hubungan..bayangkan betapa penat membina struktur masa depan namun..langsung tidak diberi penghormatan..smua dianggap ringan..apa yg aku mampu lakukan.hari2 aku menangis seperti keanak-anakan..hati aku berdebar mengundang penyakit yg mengerikan.aku sentiasa berusaha tanpa putus asa namun tetap di sia-siakan..kemampuan aku dicabar bertubi-tubi..jiwa aku diseksa hingga hampir mati..aku bertahan utk memberikan nyawa..akku takut jiwa aku mati dan segala2nya hilang tanpa aku punya rasa..puas aku kuatkan azam..impak cinta memang bahaya..aku tetap tidak mampu utk berdiri..aku seperti hidup utk mati..tidak ada apa yg mampu aku kecapi..

takdir menjadi penghalang? bukan aku orgnya..bukan aku jenis mengalah pada takdir..alasan org yg tidak pandai menghargai ksh syg shj..mati aku mmg tetap..takdir aku,aku yg tentukan..Tuhan tidak kejam seperti kita..kita yg membuat Tuhan itu seperti berlaku kejam..yang penting usaha yg perlu didahulukan

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
-surah Al-Baqarah;286

betapa besar dosa kita kepada tuan kita..takdir kita bukan seperti filem melayu era tv hitam putih..takdir kita bukan begitu..takdir kita,kita yg usahakan..mengalah ditgh jln bukan dgn memberi alasan takdir..betapa kejam manusia memberi alasan mudah atas segala usaha org lain..bila dibicarakan..makin menjadi peperangan..

hujung dunia..hujung ceritera,hujung rasa penhujung segalanya..

"mungkin ku temui cinta sejati,waktu aku menghembus nafas terakhir..mungkin cinta sejati mmg tak ada dlm cerita kehidupan ini"
-ahmad dhani

hasbullah wa ni' mal wakil

Labels: , , ,


Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]